Monday, September 19, 2011

Buat duit dengan menjadi Usahawan Tegar

Ya anda mampu buat duit jika menjadi usahawan tegar, apa tu usahawan tegar? mengikut kamus bahasa, edisi ke 4, xde lah saja je..hehe..

kita semua tahu usahawan adalah org yg berniaga, menjual produk, menghasilkan produk, kreatif , inovatif dan bekerja sendiri untuk mencapai keuntungan malah kepuasan dlm apa jua bidang perniagaan yg diceburi.

Utk menjadi usahawan tegar, seseorg itu perlulah berjiwa kental, tidak mudah mengalah, sanggup menghadapi risiko, serta bijak dalam mengambil tindakan. Jika anda mempunyai ciri-ciri diatas, anda mampu membuat duit bukan hanya online, malah offline juga anda mampu berjaya jika anda betul2 berusaha.

pengalaman saya, lebih 4 tahun menuntut ilmu untuk berjaya, sedikit demi sedikit ilmu dikutip, kdg2 rugi, kdg2 untung, dari menjual burger, menjual jersey, hinggalah berblogging, affiliate, serta byk lg ilmu yg dipelajari, tp jika tidak fokus, bak kata jambu "apa pun x boleh!" , pengalaman yg dikutip membantu kita utk berfikir lebih matang dlm membuat keputusan.

usaha, fokus, kental, bersungguh-sungguh, anda pasti berjaya..jadilah usahawan tegar rakan2 sekalian!